LAHAD DATU: Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 8 Ogos ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
"Penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dikehendaki berada di rumah manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki (atau berada) di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perintah itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh pengganas sekali gus mengancam keselamatan penduduk termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.
"Maklumat mendapati kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk dapatkan tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan lain," katanya.
Idris berkata perintah itu juga akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin penduduk dengan kehadiran pasukan keselamatan.
Beliau juga berkata semua Ketua Polis Daerah di ESSZone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. - Gambar fail/BERNAMA
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
Polis Perancis tahan 176 orang dalam protes kes polis bunuh remaja
Pihak berkuasa turut mengumumkan penggantungan perkhidmatan bas dan trem dalam dan sekitar Paris selepas 9 malam hari Khamis.
Enam maut ditembak di Mississippi
Pejabat Gabenor Tate Reeves berkata, seorang lelaki telah ditahan susulan kejadian tersebut.
Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 22 September
Perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 7 September
Perintah dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjutkan hingga 23 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 23 Ogos ini.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 8 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 8 Ogos ini.
Perintah berkurung di Sri Lanka, rakyat Malaysia dinasihat kekal di rumah
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka gesa rakyat Malaysia patuhi perintah berkurung yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Perintah berkurung di perairan tujuh daerah ESSZone dilanjut sehingga 24 Jun
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 24 Jun ini.
Perintah berkurung ESSZone hanya libat kawasan laut - Polis
Pelaksanaan perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi yang dilanjutkan hingga 25 Mei ini hanya melibatkan kawasan laut di tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).